JOHOR BAHRU: Dua beranak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor hari ini kerana dipercayai mengemukakan tuntutan palsu berjumlah hampir RM90,000 kepada sebuah agensi kerajaan, tiga tahun lepas.
Menurut sumber, pemilik sebuah syarikat dan pengarah projek, yang merupakan lelaki berusia 50 tahun dan 25 tahun, ditahan di pejabat SPRM Johor pada kira-kira 8 malam selepas hadir memberi keterangan.
Difahamkan pada 2020, kedua-dua lelaki telah mengemukakan tuntutan palsu kepada agensi itu berkaitan tuntutan program subsidi upah melibatkan dana kerajaan.
Sumber itu berkata kedua-dua lelaki telah melampirkan senarai nama pekerja yang layak sedangkan hasil tuntutan tersebut tidak dibayar kepada pekerja syarikat terbabit.
Katanya mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua lelaki dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2023
Dua beranak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor hari ini kerana dipercayai mengemukakan tuntutan palsu berjumlah hampir RM90,000 kepada sebuah agensi kerajaan, tiga tahun lepas.
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.
Tumpuan Sabtu - 11 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Premis MARA dijadikan stor, tidak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor atau tidak dioperasikan seperti dalam perjanjian, akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.
10 Berita Pilihan - (10 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK KKB: Jangan bimbang keluar mengundi kerana keselamatan terjamin - KP Selangor
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjalin.
Malaysia sedia perkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran Lawrence Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia untuk terus memperkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran bakal Perdana Menteri republik itu yang baharu, Lawrence Wong.
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat.
AWANI Tonight: Survey predicts PH to retain KKB seat
Pakatan Harapan will likely retain the Kuala Kubu Bharu seat in Saturday’s by-election, according to a survey by Ilham Centre.
AWANI Tonight: Harnessing AI to Enhance Primary Education
Dr Sia Chin Chin from Taylor's University shares insights on effectively integrating AI education to enhance learning outcomes in primary schools.
Dua beranak ditahan SPRM Johor kemuka tuntutan palsu hampir RM90,000
Kedua-dua lelaki itu mengemukakan tuntutan palsu berkaitan tuntutan program subsidi upah melibatkan dana kerajaan.